Dato’ Shukri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 6 Ogos 2020.
Dato’ Shukri pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad dari tahun 2006 hingga 2011 dan sebelumnya merupakan Ketua Pegawai Operasi Bumiputera Commerce Holdings Berhad. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad dari tahun 1999 hingga 2003.
Dato’ Dr. Amiruddin telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 20 Mac 2023. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.
Dato’ Dr. Amiruddin kini merupakan Setiausaha (Strategik dan Umum) Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) di Kementerian Kewangan (MOF). Beliau memulakan kerjayanya di MOF sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Akauntan Negara dan dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kanan apabila berpindah ke Bahagian GIC. Beliau kemudiannya berpindah ke Bahagian Pelaburan Strategik.
Kini, Dato’ Dr. Amiruddin berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd., dan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd.
Datuk Adinan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 1 September 2019.
Beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Bumiputera Malaysia (BBMB) pada awal tahun 80-an. Beliau berkhidmat di BBMB selama 18 tahun dan kemudian berkhidmat di syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam pembangunan hartanah, pembinaan, pembuatan, pemulihan, dan pengurusan aset. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN) dari tahun 2007 hingga 2017. Sebelum itu, beliau merupakan Pengurus Besar Operasi I di Prokhas Sdn. Bhd.
Semasa berkhidmat di BSN, beliau dilantik sebagai Pengerusi BSNC Corporation Berhad. Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah BSN, Prudential BSN Takaful Berhad, Permodalan BSN Berhad dan Gibraltar BSN Life Berhad. Beliau juga pernah menjadi Presiden World Savings Bank Institute (Asia Pacific) selain berkhidmat sebagai Bendahari Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan ahli majlis Association of Development Financial Institution of Malaysia (ADFIM).
Datuk Adinan kini memegang jawatan pengarah di Aeon Credit Service (M) Berhad, di mana beliau juga mengetuai Jawatankuasa Risiko Lembaga.
Dato’ Othman telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 7 Mei 2021.
Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1982 dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (RISDA) sebagai Penolong Pegawai Pertanian. Selepas berkhidmat di RISDA selama 16 tahun, beliau berpindah ke Kementerian Perusahaan Utama Malaysia sebagai Penolong Setiausaha dari tahun 1998 hingga 2003. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri selama 2 tahun dari tahun 2003 hingga 2005.
Dato’ Othman memulakan perkhidmatannya dengan Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 2005 sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Perolehan Kerajaan, dan kemudian, dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kanan, Ketua Seksyen, Timbalan Setiausaha (Operasi), dan Setiausaha Bahagian (Ketua Bahagian Perolehan Kerajaan). Pada bulan Oktober 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) sehingga persaraannya pada bulan Mac 2021.
Semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Technology Depository Agency Bhd (TDA) dan Pengerusi SRC International Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Properties Sdn Bhd (THP), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Global link (M) Sdn Bhd, anak syarikat MARA, Amanah Raya Development Sdn Bhd, dan Amanah Raya Real Estate Investment serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Capital Market Development Fund. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Ahli Jawatankuasa Dana Eksport Perkhidmatan untuk Geran Kajian Prakebolehlaksanaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Dato’ Othman juga merupakan Ahli Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Ahli Jawatankuasa Penasihat Pensijilan, IKRAM QA Services Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Ahli Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Setiausaha Kehormat, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MKSAKK).
Dato’ Othman kini berkhidmat sebagai Pengerusi UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pengarah JAKS Resources Berhad, dan UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd.
Dato’ Jauhari telah dilantik sebagai ahli Lembaga Urusharta Jamaah pada 7 Julai 2021.
Dato’ Jauhari pernah memegang jawatan Pengerusi Battersea Power Station Development Company (BPSDC) dari tahun 2015 hingga 2018. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Sime Darby Berhad, dengan memegang pelbagai jawatan dalam beberapa jabatan. Beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad dari tahun 2016 hingga 2017 dan juga Pengarah Urusan Bahagian Minyak & Sistem Kuasa Gas dari tahun 2010 hingga 2015.
Dato’ Jauhari kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Aset Air Berhad dan TPPT Sdn Bhd.
Dato’ Andri berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Peguam Persekutuan dari tahun 1990 hingga Jun 1994. Beliau kini merupakan rakan kongsi pengurusan di firma guaman Kadir, Andri & Partners dan mengetuai bahagian Perbankan dan Kewangan. Dato’ Andri pernah menjadi ahli Jawatankuasa Semakan Undang-undang mengenai Perbankan dan Kewangan Islam di Bank Negara Malaysia termasuk sub-jawatankuasa kumpulan kerja pasaran modal Islam di Suruhanjaya Sekuriti. Kedua-dua jawatankuasa ini berkaitan dengan mengkaji aspek undang-undang dan peraturan untuk memudahkan dan memajukan undang-undang perbankan dan kewangan Islam.
Dato’ Andri juga mempunyai pengetahuan yang luas dan telah memberi nasihat dalam bidang yang berkaitan dengan tenaga, termasuk cadangan pengeluar tenaga bebas serta tenaga boleh diperbaharui seperti projek solar dan hidro kecil.
Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengajian untuk ijazah pascasiswazah Sarjana Sains dalam Perbankan dan Kewangan Islam serta ahli Lembaga Pengajian untuk ijazah pascasiswazah Sarjana Sains dalam Pasaran Modal Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah seorang adjudicator berdaftar dalam bidang perbankan Islam dan kewangan serta penimbang tara (arbitrators) di Asian International Arbitration Centre.